Monday 23 May 2011

Me and Herbalife

Mula2 kenal Herbalife masa tahun 2008. Masa tu abang ipar yang perkenalkan tapi aku tak la beriya sangat nak turunkan berat badan. Sebulan selepas mencuba tak ada perubahan pun pada diri aku. Then aku stop. Awal tahun 2009 aku mula berjinak-jinak dengan fitness center. Asalnyer hanya nak mencuba aktiviti baru sebab bosan duduk kat rumah selepas balik dari kerja. Lepas tu bila dah rasa badan sedikit ringan mula berazam nak turunkan berat badan. Awal2nyer aku bersenam dengan memakai t-shirt saiz XL. Malu nak pakai baju aerobik yang seksi sebab badan tak cantik masa tu. Berkat keazaman dan diet separuh mati, berat badan aku turun sebanyak 5kg dalam masa lebih kurang 1 tahun. Aku sangat gembira dengan perubahan bentuk badan walaupun hanya turun 5kg jer. Disember 2009 aku memulakan rutin senam aerobik di fitness center yang baru. Kali ni rutinnyer memang laju dan kalau sesiapa yang tak biasa memang akan cakap susah nyer nak follow. Pemilik fitness center yang kami panggil sebagai Kak Hae turun berat badan dengan sangat cepat dalam masa sebulan. Aku mula menjadi hairan. Rupa2nye beliau menggunakan Herbalife dan mula mempromosikannya kepada kami semua.  Tapi masa ni aku buat tak layan sebab dulu pernah try tapi tak ada perubahan pun. Memang menjadi salah satu sifat yang Allah anugerahkan kepada aku yang amat aku syukuri setiap waktu. Aku mudah alert dengan apa yang berlaku di sekeliling. Aku yang sememangnya dah sangat bosan dengan kerjayaku sebagai salah seorang pegawai kerajaan sentiasa mencari peluang untuk cuba bekerja sendiri iaitu berniaga. Aku perhatikan Kak Hae mula menambah ruang pejabat dengan mengambil alih kedai disebelahnya. Jika diperhatikan hanya dalam masa 6 bulan beliau telah mampu untuk menambah ruang pejabatnya. Aku dan kawan baik mula berfikir, mesti dia mempunyai perniagaan lain selain fitness centernye. So pada suatu hari yang indah aku mula bertanya dan beliau dengan hati gembira mula bercerita tentang Herbalife dan peluang perniagaannya. Selepas mendengar penerangannya kami mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan Herbalife. Disebabkan aku tidak mempunyai result yang baik dengan produk Herbalife so aku harus memulakan dengan diri aku sendiri. Hanya dalam masa 1 minggu lemak degil yang bertapak di perutku telah turun daripada bacaan 8 kepada paras normal iaitu 4. Terima kasih Herbalife. Bermula Ogos 2010 aku merupakan salah seorang pengedar sah Herbalife yang sangat gembira dengan kebaikan produknya dan peluang perniagaannya. Tanpa berbekalkan pengetahuan mendalam mengenai selok belok perniagaan dan hanya melakukannya secara separuh masa atau dengan lebih tepatnya 1 jam sehari aku mendapat hasil pendapatan pertamaku di dalam perniagaan Herbalife sebanyak RM2,200.00. Bulan berikutnya meningkat kepada RM3,700.00. Mengapa aku hanya mampu untuk melakukannya selama 1 jam sehari adalah disebabkan pekerjaan aku sebelum ini menuntut masa yang lebih dari aku. Bulan ketiga aku mula berkira-kira untuk berhenti kerja. Tapi hasrat terpaksa di tunda dan akhirnya pada 16, May 2011 iaitu selepas 9 bulan menceburkan diri dalam perniagaan Herbalife aku berhenti kerja. Bermula lah perjalananku bersama Herbalife sepenuh masa. Ermm..apa yang aku ingin sampaikan di sini adalah, pengetahuan dan kemahiran sangat penting dalam menjalankan perniagaan Herbalife yang memang terkenal dengan produk nutrisinya. Bagi kebanyakkan orang apabila mendengar Herbalife mereka hanya tahu bahawa ia adalah produk untuk menguruskan badan. Walhal ia lebih dari itu. Ia adalah produk nutrisi yang sangat baik untuk semua orang dan semua peringkat usia dan amat disarankan untuk wanita-wanita mengandung. Mengapa pada awalnya ketika aku mula diperkenalkan oleh abang ipar, aku tidak memperoleh result yang diingini. Semua disebabkan tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup tentang nutrisi dan penggunaannya untuk setiap orang yang ternyata berbeza. Bukan nak perkecilkan abang iparku. Sori ye abang!! Tapi itu adalah hakikatnya kerana selepas 9 bulan aku dalam perniagaan ini ramai yang datang kepadaku adalah mereka yang pernah mencuba Herbalife tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya. Untuk itu, setiap kali berjumpa dengan mereka aku terpaksa menerangkan semula terutama khasiat dan nutrisi yang terkandung di dalam produk Herbalife. Masa ni aku sangat bersyukur dengan sedikit pengetahuan berkenaan nutrisi yang ada serta kawan2 yang sememangnya mempunyai kelayakan dalam bidang nutrisi. So nasihat aku kepada mereka2 diluar sana, dapatkan ilmu dan pengetahuan yang cukup sebelum menjual produk Herbalife kepada orang ramai kerana sangat susah untuk memenangi hati mereka semula. Tapi yang bestnyer bila dorang dah start program ngan aku komen yang biasa aku dengar ialah, "akak dah tak lapar lagi macam dulu", "Saya dah tukar saiz tali pinggang la, ni baru seminggu", "anak akak dah tak mengantuk kat sekolah". Komen2 ni biasanya aku dengar dalam masa seminggu selepas dorang on program dan kekal sebagai klien aku. Alhamdulillah!!

No comments:

Post a Comment