Monday 23 May 2011

Me and Herbalife

Mula2 kenal Herbalife masa tahun 2008. Masa tu abang ipar yang perkenalkan tapi aku tak la beriya sangat nak turunkan berat badan. Sebulan selepas mencuba tak ada perubahan pun pada diri aku. Then aku stop. Awal tahun 2009 aku mula berjinak-jinak dengan fitness center. Asalnyer hanya nak mencuba aktiviti baru sebab bosan duduk kat rumah selepas balik dari kerja. Lepas tu bila dah rasa badan sedikit ringan mula berazam nak turunkan berat badan. Awal2nyer aku bersenam dengan memakai t-shirt saiz XL. Malu nak pakai baju aerobik yang seksi sebab badan tak cantik masa tu. Berkat keazaman dan diet separuh mati, berat badan aku turun sebanyak 5kg dalam masa lebih kurang 1 tahun. Aku sangat gembira dengan perubahan bentuk badan walaupun hanya turun 5kg jer. Disember 2009 aku memulakan rutin senam aerobik di fitness center yang baru. Kali ni rutinnyer memang laju dan kalau sesiapa yang tak biasa memang akan cakap susah nyer nak follow. Pemilik fitness center yang kami panggil sebagai Kak Hae turun berat badan dengan sangat cepat dalam masa sebulan. Aku mula menjadi hairan. Rupa2nye beliau menggunakan Herbalife dan mula mempromosikannya kepada kami semua.  Tapi masa ni aku buat tak layan sebab dulu pernah try tapi tak ada perubahan pun. Memang menjadi salah satu sifat yang Allah anugerahkan kepada aku yang amat aku syukuri setiap waktu. Aku mudah alert dengan apa yang berlaku di sekeliling. Aku yang sememangnya dah sangat bosan dengan kerjayaku sebagai salah seorang pegawai kerajaan sentiasa mencari peluang untuk cuba bekerja sendiri iaitu berniaga. Aku perhatikan Kak Hae mula menambah ruang pejabat dengan mengambil alih kedai disebelahnya. Jika diperhatikan hanya dalam masa 6 bulan beliau telah mampu untuk menambah ruang pejabatnya. Aku dan kawan baik mula berfikir, mesti dia mempunyai perniagaan lain selain fitness centernye. So pada suatu hari yang indah aku mula bertanya dan beliau dengan hati gembira mula bercerita tentang Herbalife dan peluang perniagaannya. Selepas mendengar penerangannya kami mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan Herbalife. Disebabkan aku tidak mempunyai result yang baik dengan produk Herbalife so aku harus memulakan dengan diri aku sendiri. Hanya dalam masa 1 minggu lemak degil yang bertapak di perutku telah turun daripada bacaan 8 kepada paras normal iaitu 4. Terima kasih Herbalife. Bermula Ogos 2010 aku merupakan salah seorang pengedar sah Herbalife yang sangat gembira dengan kebaikan produknya dan peluang perniagaannya. Tanpa berbekalkan pengetahuan mendalam mengenai selok belok perniagaan dan hanya melakukannya secara separuh masa atau dengan lebih tepatnya 1 jam sehari aku mendapat hasil pendapatan pertamaku di dalam perniagaan Herbalife sebanyak RM2,200.00. Bulan berikutnya meningkat kepada RM3,700.00. Mengapa aku hanya mampu untuk melakukannya selama 1 jam sehari adalah disebabkan pekerjaan aku sebelum ini menuntut masa yang lebih dari aku. Bulan ketiga aku mula berkira-kira untuk berhenti kerja. Tapi hasrat terpaksa di tunda dan akhirnya pada 16, May 2011 iaitu selepas 9 bulan menceburkan diri dalam perniagaan Herbalife aku berhenti kerja. Bermula lah perjalananku bersama Herbalife sepenuh masa. Ermm..apa yang aku ingin sampaikan di sini adalah, pengetahuan dan kemahiran sangat penting dalam menjalankan perniagaan Herbalife yang memang terkenal dengan produk nutrisinya. Bagi kebanyakkan orang apabila mendengar Herbalife mereka hanya tahu bahawa ia adalah produk untuk menguruskan badan. Walhal ia lebih dari itu. Ia adalah produk nutrisi yang sangat baik untuk semua orang dan semua peringkat usia dan amat disarankan untuk wanita-wanita mengandung. Mengapa pada awalnya ketika aku mula diperkenalkan oleh abang ipar, aku tidak memperoleh result yang diingini. Semua disebabkan tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup tentang nutrisi dan penggunaannya untuk setiap orang yang ternyata berbeza. Bukan nak perkecilkan abang iparku. Sori ye abang!! Tapi itu adalah hakikatnya kerana selepas 9 bulan aku dalam perniagaan ini ramai yang datang kepadaku adalah mereka yang pernah mencuba Herbalife tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya. Untuk itu, setiap kali berjumpa dengan mereka aku terpaksa menerangkan semula terutama khasiat dan nutrisi yang terkandung di dalam produk Herbalife. Masa ni aku sangat bersyukur dengan sedikit pengetahuan berkenaan nutrisi yang ada serta kawan2 yang sememangnya mempunyai kelayakan dalam bidang nutrisi. So nasihat aku kepada mereka2 diluar sana, dapatkan ilmu dan pengetahuan yang cukup sebelum menjual produk Herbalife kepada orang ramai kerana sangat susah untuk memenangi hati mereka semula. Tapi yang bestnyer bila dorang dah start program ngan aku komen yang biasa aku dengar ialah, "akak dah tak lapar lagi macam dulu", "Saya dah tukar saiz tali pinggang la, ni baru seminggu", "anak akak dah tak mengantuk kat sekolah". Komen2 ni biasanya aku dengar dalam masa seminggu selepas dorang on program dan kekal sebagai klien aku. Alhamdulillah!!

Angau Ku!!

Jari gatal nak menaip lagi. Ermm..dua tiga arini hepi jer. Semalam temankan bespren g lunch reunion ngn geng2 sekolah rendah dia. Happening sebab sumer orang gelak macam nak pecah perut. Best giler! Masa sembang2 tu tetiba tingat zaman sekolah..kat mana la kawan2 aku yang lain. Mesti hepi kalau jumpe dorang. Arini pepagi lagi dengan semangat baru yang kononnyer nak siapkan sumer keje rumah sebelum ikut bespren gi swimming pool. Hik hik..gelak pon dah gatal. Nak jumpe adik yang sangat di rindu! Spent time dua jam kat tepi pool rasa macam kejap je. Seronok tengok orang lain pandai berenang and masuk pool 4.4 meter. Giler dalam siut! Berani kah aku kalau di ajak berenang nanti. Tapi adik coach renang kesayangan kata akan ajar sampai pandai. Sangat suke!! Mata x berkelip saat tengok dia menyelam ke dasar dengan gaya tenangnya. Dalam hati, aku mesti blaja sampai boleh buat macam dia. Aku ingat dulu2 masa belum pandai bawa kereta. Masa tu ingat itu adalah benda mustahil yang aku boleh buat. Tapi akhirnya aku pandai juga bawa kereta tanpa di ajar oleh sesiapa. Ended up aku pandai sebelum aku belajar di sekolah memandu. Kalau orang lain amik kelas setiap hari, aku hanya datang dua kali seminggu je. Itu pun untuk belajar undang2 jalanraya sebelum ujian ngan JPJ. Lepas pandai bawa kereta aku tak pernah terfikir nak ada kereta sendiri masa time study degree dulu. Maklum la student la kata kan! Tapi sekali lagi benda tu tak mustahil. Dengan bantuan kakak ku, aku berjaya beli kereta hasil kerja partime mengajar tusyen masa study dulu. Kawan2 slalu kata "Ko ni kan senang je dapat segala macam benda". Hati sedih bila dengar kawan2 cakap macam tu. Diaorang tak tau betapa aku bekerja keras untuk dapatkan semua benda tu. Masa study degree dulu, orang lain semua mak ayah sediakan tapi aku kena kerja untuk dapatkan ape yang diperlukan. Bukan tak bersyukur tapi itu lah nikmat yang Allah bagi kat aku. Walaupun penat bekerja dan belajar pada masa yang sama tapi result peperiksaan setiap semester tak pernah mengecewakan. Tiap2 semester nama aku mesti terpapar kat Faculty Board. Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu dan doa mak ayah yang sentiasa menenangkan jiwa. So bebalik kepada keterujaan perasaan aku nak belajar berenang. Takut memang sentiasa ada dalam jiwa tapi yang penting macamana nak handle ketakutan tu. Itu yang paling susah sebenarnya. Tapi aku percaya suatu hari nanti aku akan pandai berenang dan boleh jadi profesional diver.

Saturday 21 May 2011

Aku

Hari ni jumpa kawan lama. Memang lama sangat tak jumpa since habis study degree. Ye la kan masing-masing ade kehidupan sendiri. Kebanyakkan kawan-kawan sumer dah kawin so soalan feberet yang di tanya ialah bila aku nk kawin? aku telan air liur je bila di tanya. Bibir menguntum senyum meleret tapi dalam kepala mula fikir..dorang ni xde benda lain ke nak tanya kat aku. Tanya la aku ni sihat ke tak? Keje aku ok ke tak? Paling2 sadis pon tanya la nape aku dh kurus sekarang? hehehe..tu soalan yang sangat aku suke..sbb aku suka nk menjawabnye. Tengah2 sembang aku perhatikan perangai dorang. Memang sangat keibuan. Sangat bahagia menjadi anak-anak dorang. Mulut bercakap ngan aku tapi mata sibuk perhatikan anak-anak yang sangat aktif bermain. Kepala mula fikir lagi..bestnyer la kalau aku jadi anak dorang!! hehehe..berangan nk jadi budak kecik balik. Tetiba tingat kt mak ayah kat kampung. Windunyer kat dorang. Mak ayah, love u both so much!!! Tengok budak2 main alangkah bahagianyer jadi dorang..mesti xder masalah kn kn!! Nangis sket cari mak..merajuk sket cari ayah..huhuhu bestnyer! erm..berbalik kepada cerita mengapa aku x kawin2 lagi walaupun kalu ikut umur aku mungkin dah ada anak yang sekolah darjah satu. Tu pun kalu kawin awal la..ni aku cakap mengikut statistik kengkawan aku yang dah ader anak. So korang faham2 la umur aku bape kn. Yang pasti aku rasa muda sebab orang slalu teka umur aku salah. Ntah la kut ye ke tidak kn kn..mana tau nak sedap kan ati aku jer. iskh erm..ok, aku bukannyer tak nak kawin. Mana la ader manusia yang tak teringin nak kawin. Aku rasa la sebab aku memang nak kawin. Daripada study masa degree dulu aku memang tak de boypren. Yang aku tau, gi kuliah pastu keje..masa tu aku keje partime jadi cikgu tusyen. Kalu sangat2 boring aku ajak kengkawan aku lelaki ke pompuan ke gi tengok wayang atau gi makan2..best kn asyik makan jer. Bila habis blaja aku terus keje..pon tak ingat nak cari boypren. Sampai la satu ari hosmate aku tanya nak tak dia kenal kan ngan kawan dia. Mula2 tak nak tapi ape salahnye kalu nak kenal kn. So aku pon berkenalan la..tp tahan 3 bulan jer sbb aku tak boleh blah ngan kongkongannyer..so aku pon kembali solo. Pastu lama gak la..aku berkenalan ngan sorang lagi. Dia ni lagi muda dari aku 2 tahun. Mula2 kawan aku dah tanya dua soalan penting. Pertama, famili boleh ke trima aku yang 2 tahun lagi tua dari dia? n kedua famili boleh ke trima aku yang bukan berasal dari negeri yang sama ngan dia? Dia dengan yakinnyer jawab tak per..famili dia tak kisah akan ikut jer pilihan anak2. Lama jgk aku berkawan ngn dia hampir 2 tahun. Tapi ye la kan lelaki ni mulut je manis macam madu tabur janji masa acara kejar mengejar..sebelum dapat la kn. Bila dah dapat macam hilang ingatan ngan sumer janji manisnyer. So ended up dia kawin Feb 2011 ikut pilihan mak dia yang konon2nyer nak orang sendiri..sangat x mengerti! Nak kata aku cantik tak la tapi manis tu ader. Masa x-boypren aku kawin aku berkenalan ngan sorang lagi. Tapi kali ni mak dia yang berkenan kat aku. Slalu cakap aku ni menantu dia walaupun hakikatnya aku belum buat ape2 keputusan pon lagi. Aku kawan ngan lelaki ketiga x lama. Dia cakap aku lak yang mengongkong tapi bukan cakap direct kat aku tapi cakap kat mak dia. Ye la kn..mak dia yang kenalkan kami berdua. Mak dia pulak cakap kat opismate dia yang kebetulannya baik ngan aku. Mengongkong ni adalah perkara terakhir yang aku akan buat sebab aku tau sakitnyer bile di kongkong. Trauma ngan kongkongan x-boypren pertama belum lagi sembuh sepenuhnya. Sangat kebudak2kan walaupun dia sebenarnyer duda yang belum sah dudanyer dari segi undang2. Baru2 ni masa besday dia aku dapat brite dia bertunang ngan pompuan lain walaupun kes perceraiannya belum selesai. Mak dia boleh cakap tak per sekarang bertunang dulu nanti bila dah settle kes bercerai tu baru kahwin. Pening aku ngan lelaki zaman sekarang. Dimana kelelakiannya! Sumer macam duduk kat bawah ketiak mak..sakit cari mak, nak kawin pon cari mak jugak..iskh iskh sungguh2 tak faham. Kalu macam ni la gayanyer baik aku dok sendiri. Badan tak penat, hati tak sakit. Walaupun kadang kala sunyi tapi at least aku bersyukur Allah tunjukkan semuanyer awal2 lagi. Syukur padamu ya Allah di atas kasih sayang Mu!!!